- Ubah minda bahawa sistem pembelajaran di menara gading tidak sama dengan sekolah menengah atau matrikulasi terutama dari kaedah belajar
- Perlu mempersiapkan diri melalui proses sosialisasi dalam kampus
- Perlu bersedia untuk mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran bahasa inggeris kerana semua rujukan di universiti dalam bahasa Inggeris
- Mesti mempersiapkan diri 5 tahun akan datang bermula dari semester pertama dengan kemahiran yg di perlukan oleh bakal majikan
- Bersifat holistik dan tidak boleh memfokuskan kepada satu agenda. Ia berlandaskan konsep holistik iaitu formula Jeri (jasmani, rohani, dan intelektual) yg hebat. Pelajar tidak hanya terperuk di bilik kuliah sebaliknya libatkan diri dgn aktiviti universiti yg sihat
- Bagi pelajar yg gagal mendapat kursus yg dipohon, pastikan keputusan dibuat itu adalah yg terbaik. Tidak kira apa kursus sekalipun, ia adalah satu peluang terbaik untuk melanjutkan pengajian di universiti kerana di luar lebih ramai yg gagal ke menara gading
Apa yang perlu pelajar tahu ketika melangkah ke menara gading?
Matlamat yg jelas
Cemerlang akademik
Cemerlang sahsiah
Cemerlang keterampilan diri
Memiliki tujuh kemahiran insaniah
- komunikasi
- kepimpinan
- pemikiran kritis
- kerja berkumpulan
- nilai dan etika
- pembelajaran sepanjang hayat
- keusahawanan
Persediaan sebagai pelajar seimbang
Pelajar seimbang ialah pelajar yg cemerlang dalam dua aspek utama:
Akademik
- Mencapai keputusan akademik yg cemerlang. Di menara gading sistem Purata Nilai Gred Terkumpul (PGNK) 4.0 digunakan. Pelajar yg mempunyai PGNK 3.0 dan ke atas di anggap cemerlang
Kokurikulum
- Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
- Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan